Tuesday, March 17, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H

PPTP telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1430H pada 8 Mac 2009 yang lalu bertempat di-Surau ar-Rahman Taman Pahlawan. Acara sambutan telah dimulakan mulai jam 10 pagi dimana Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak dibawah 8 tahun dan 12 tahun telah diadakan. Pertandingan tersebut telah disertai 27 peserta dan dihakimi oleh Cikgu Osman b Sagap, Pengetua Sek Men Air Molek. Pemenang Pertandingan mewarna bawah 12 tahun dimenangi oleh Anis Atiqah bt Jasmani, sementara pemenang Pertandingan Mewarna bawah 8 tahun dimengangi oleh Eiffa Noor Batrisyia bt Ab Razak.

Pertandingan membaca Jawi telah disertai oleh 17 peserta dan dihakimi oleh Ustaz Hasan Hj Mohd Said, Pegawai Pendidikan (Agama), Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah. Pemenang membaca jawi ialah Anis Atiqah bt Jasmani.

Majlis sebelah malam dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah. Tetamu malam itu ialah En Zakaria b Abu Bakar, Penghulu DUN Serkam mewakili Penaung PPTP, YB Hj Ghazale b Muhamad yang terpaksa menghadiri Majlis Kerajaan Negeri.




Ceramah bertajuk "Kecintaan kepada Rasulullah" telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Nazri b Abd Majid, Pegawai Kanan Pejabat Mufti N Melaka.






Majlis diakhiri dengan Majlis Barzanji dan Salawat Nabi beramai-ramai.



Semua hadirin telah dijamu dengan hidangan Nasi Biryani selesai Solat Isyak berjemaah lebih kurang pada jam 9.45 malam.

Thursday, February 12, 2009

Kontrak Membaiki Sistem Saliran.

Taman Pahlawan Umbai tidak mempunyai sistem kumbahan berpusat dan tidak juga mempunyai sistem saliran terancang. Kedua-dua masaalah ini timbul kerana Taman Pahlawan hanyalah ada pada namanya sahaja sebagai TAMAN, walhal ianya hanyalah sebuah perkampungan tersusun. Oleh yang demikian tidak hairanlah ianya tidak mempunyai Sistem Perparitan dan saliran serta Sistem Kumbahan Berpusat yang terancang.
Didalam bulan Januari lalu, ada satu kontraktor yang diberi kontrak bernilai kira-kira RM 60 ribu oleh Pejabat Daerah dan Tanah bagi membina longkang disekitar Kampung ini. Setelah hampir dua bulan berlalu, longkang yang digali hanya kira-kira 1,600 kaki didepan beberapa rumah yang tidak mempunyai risiko limpahan air yang tinggi ketika hujan lebat. Perincian skop kerja kontraktor ini seolah-olah tidak langsung mengambilkira dimana sepatutnya saliran itu perlu berakhir. Kawasan yang rendah dan dimana kumbahan air yang banyak telah tidak diberi keutamaan.

Sunday, January 25, 2009

Solat Gerhana Matahari (Khusuf)

Esok 26 Januari 2009, akan berlaku gerhana matahari. Bagi penduduk di-Melaka, gerhana matahari separa akan dapat dialami mulai jam 4.30 petang hingga 6.30 petang. Bagi mengikuti sunnah, Surau ar-Rahman akan menganjurkan solat jemaah Khusuf selepas Solat fardhu 'asar. Ust Hassan Hj Said akan mengimami Solat tersebut. Mendirikan Solat Khusuf ini hukumnya Sunat Muakkad, jadi diharapkan kehadiran maksima. Wassalam.

Thursday, January 15, 2009

Sambutan Hari 'Asyura 1430 H




PPTP telah menganjurkan sambutan Hari ‘Asyura 1430H di-Surau ar Rahman, Taman Pahlawan pada 11 Januari 2009. Selain aktibiti memasak bubur ‘asyura, pertandingan hafazan surah lazim telah diadakan bagi peserta dibawah 12 tahun, lelaki dan perempuan. Pertandingan azan juga diadakan bagi peserta lelaki dibawah 12 tahun. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut:

a. Pertandingan Hafazan dan Azan lelaki:
Pertama - Mohd Raif b Rosli
Kedua - Mohd Amirul Hadi b Hassan
Ketiga - Ahmad Aiman Yusri b Ismail
b. Pertandingan Hafazan Perempuan:
Pertama - Shafiqah bt Ahmad
Kedua - Anis Atiqah bt Jasmani
Ketiga - Nor Ain Mardiah bt Osman
PPTP merakamkan penghargaan kepada Cikgu A Rashid Hj Salleh selaku Ketua Biro Pendidikan Islam diatas usaha beliau.

Friday, January 9, 2009

SEMPADAN TAMAN PAHLAWAN


Bagi tujuan keahlian Persatuan, penduduk-penduduk yang tinggal didalam sempadan yang digariskan layak memohon menjadi ahli.

Thursday, January 8, 2009

ALFATIHAH...

Kami AJK PPTP mengucapkan takziah yang amat mendalam kepada keluarga Cikgu Hj Samat b Hiran diatas kehilangan anakandanya FARIZAN yang telah kembali ke-Rahmatullah pada 7 Januari 2009... Alafatihaa..

Saturday, January 3, 2009

Program Akan Datang

Sambutan Hari 'Asyura
Tarikh: 11 Januari 2009
Tempat: Surau ar-Rahman Taman Pahlawan

Masak Bubur 'Asyura
Tempat: Perkarangan Surau ar-Rahman

Pertandingan Azan dan Hafazan Surah Lazim
untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
Tempat: Surau ar-Rahman
Masa: 2.00 ptg


Ceramah Agama
Penceramah: Imam Saufi b Hj Daud.
Tempat: Surau ar-Rahman
Masa: Selepas Solat Maghrib

*Semua penduduk Taman Pahlawan dijemput hadir


Ibubapa peserta dinasihat menghubungi Us Hassan Said 013 6531123.