Friday, November 20, 2009

QURBAN FOR LIFE

Program anjuran Muslim Aid Asia ini mendapat perhatian Persatuan. Ibadah qurban yang dilakukan melalui program ini lebih afdal berbanding yang dilakukan didalam masyarakat kita yang rata-rata berkemampuan. Pengagihan daging qurban kepada sesama Islam yang sangat memerlukan itu nyata lebih afdhal setimpal pahala qurban wajib.. Prof Yusof al-Qardawi.

Sila klik logo Muslim Aid dibawah tajuk "Carian Online".

Jika berminat, sila hubungi Tuan Hj Mohd Saed 017-6143743 untuk mendapatkan borang 'aqad dan proses seterusnya.

Saturday, October 24, 2009

MAJLIS KERA'IAN OKTOBER 2009


MAJLIS MERA'IKAN JEMA'AH HAJI.




Majlis telah diadakan pada 18 Oktober 2009 di-Surau ar-Rahman. seramai 5 orang jemaah haji yang terlibat: En Abd Razak b Bakar dan isterinya Pn Mariam bt Abdullah.






En Abd Rashid b Hj Saleh dan isterinya Pn Syarifah Maznah bt Syed Ali.

Pn Rasidah bt Hj Idris (isteri kepada En Zam Zam b Puteh) telah juga dira'ikan.





MAJLIS PERPISAHAN SAUDARA WALTONO.
Persatuan telah menganjurkan Majlis tersebut di-Surau ar-Rahman pada 23 Oktober 2009.
Majlis tahlil dan do'a kesukuran telah dipimpin oleh Ustaz Adnan manakala penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Tn Hj Abd Latif, Pengerusi PPTP.

Friday, October 23, 2009

Mesyuarat Agong Ke-2


Telah diadakan pada 18 Julai 2009 di-Surau ar-Rahman. Diantara keputusan yang diambil ialah mengenai pindaan Fasal 5 - Yuran. Mulai tahun 2010, hanya yuran tahunan RM 10 sahaja akan dipungut sebelum Mesyuarat Agong tahun tersebut bermula.
Perkara ke-2 yang menarik perhatian ialah mengenai Tong Sampah Majlis Perbandaran Jasin. Mesyuarat memutuskan supaya dihantar aduan ke-3 kepada MPJ sambil membuat kajiselidik dikalangan penduduk samada Tong Sampah yang bermasaalah ini hendak dikekalkan atau satu sistem pungutan rumah-rumah kerumah hendak dipohon dari MPJ.

Monday, July 20, 2009

Sambutan Israk Mikraj 1430 H



Sambutan tersebut diadakan di-Surau ar-Rahman Taman Pahlawan pada malam 19 Julai 2009 mulai Solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam 2 Masjid Jamik Kariah Sri Minyak, Imam Saufi b Hj Daud.


Ceramah peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w telah disampaikan beliau hingga jam 9.30 malam. Selesai Solat Isyak, Jamuan telah dihidangkan kepada hadirin.

Pindaan Perlembagaan

Tiga Pindaan yang diluluskan :

Fasal 2- Alamat dan tempat urusan yang baru ialah JB 4820 Taman Pahlawan Umbai, 77300 Merlimau Melaka.

Fasal 5 - Yuran bulanan RM 2 (Dua)

Fasal 18 - Logo yang diluluskan seperti imej disebelah:

Saturday, July 11, 2009

MESYUARAT AGONG KE-2

Mesyuarat Agong ke-2 akan diadakan pada 18 Julai 2009 bertempat di-Surau ar-Rahman Taman Pahlawan Umbai.

Thursday, May 7, 2009

Sukan Ping-Pong PPTP

Sekitar pertengahan tahun 2004, beberapa orang penduduk Taman Pahlawan yang berminat telah memulakan aktibiti permainan ping-pong selepas setiap waktu asar dikawasan luar Surau ar-Rahman. Pada penghujung tahun 2004, sukan tersebut mendapat sambutan yang baik disertai oleh kira-kira 20 orang. Satu pertandingan tertutup ping-pong Taman Pahlawan telah diadakan dalam bulan Januari 2005. Dalam usaha memupuk dan memajukan sukan ini, beberapa perlawanan persahabatan telah diadakan bertemu ajensi-ajensi Kerajaan di Melaka seperti Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Rejimen Semboyan (Trendak Camp), JKR (Tentera), Kilang Panasonic, Kolej Universiti Teknikal dan lain-lain kelab sukan setempat. Sejak Persatuan Penduduk Taman Pahlawan didaftarkan 28 Februari 2006, Biro Sukan dan Rekreasi Persatuan ini dibawah seliaan En Rosli b Ramdan, telah mentadbirkan aktibiti sukan ini. Usaha-usaha sedang diambil bagi menambah ahli sukan ini. Yang berminat, sila hubungi En Rosli Ramdan 019-6664041.

Wednesday, April 15, 2009

Program ala 'explorace' Pahlawan Challenge 2009


Program tersebut telah dianjurkan pada 15 April 2009 di-Taman Pahlawan yang menarik penglibatan 35 anak-anak penduduk dari umur 9 ke-17 tahun. Program yang dijadualkan bermula dari jam 8 pagi telah terpaksa ditunda kerana hujan.

Taklimat program telah disampaikan oleh Pengerusi JK Kecil Program En Rosli b Ramdan mulai jam 10.30 hingga 11.30 pagi didalam Surau ar-Rahman. Peserta telah melapur memulakan program pada 1.45 petang. Mereka dipecahkan kepada 7 kumpulan. 5 Kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan.
Setiap ketua kumpulan akan mencari dan melaksana tugas di-8 checkpoints menggunakan petunjuk-petunjuk yang diberi.

Kumpulan yang melaksanakan tugas dengan sempurna disetiap checkpoint dalam jangkawaktu paling singkat adalah dikira memenuhi kriteria pemenang Pahlawan Challenge 2009.

Semua Kumpulan telah berjaya menamatkan tugasan mereka disemua 8 checkpoints dalam tempoh lebih kurang 1 jam. Kumpulan Perempuan yang diketuai oleh adik Nurfarha Atiqah bt Ahmad Fazlah 13, telah menjuarai Program ini. Syabas!.

Saguhati berupa wang tunai, topi, beg sumbangan PLUS dan majallah sumbangan Karangkraf telah diberikan sebagai penghargaan penyertaan. 3 hadiah utama dengan iringan hampers telah disampaikan oleh Pengerusi PPTP Tn Hj Latif Husin.

AJK PPTP ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penyumbang-penyumbang yang menjayakan Pahlawan Challenge 2009.

Sila lawat galeri untuk rakaman gambar-gambar Program ini.

Sunday, April 5, 2009

Pahlawan Challenge 2009

Program tersebut akan diadakan pada hari Rabu, 15 April 2009 sempena Sambutan Hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Program ini yang menggabungkan aktibiti sukan, ujian minda, setiakawan dan kepimpinan bakal menarik penyertaan anak-anak Penduduk berumur antara 9 - 17 tahun. Untuk penyertaan sila hubungi Ustaz Mohd Ikram 012-3624332 atau En Rosli b Ramdan 019-6664041. Pendaftaran penyertaan akan tutup pada hari Jumaat 10 April 2009.
Dermawan yang ingin menyumbang sila berhubung dengan Bendahari En Suhimi Monel.
Aturcara Program 15 April 2009. Dari 8 pagi hingga 12.30 t/hari.

Tuesday, March 17, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H

PPTP telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1430H pada 8 Mac 2009 yang lalu bertempat di-Surau ar-Rahman Taman Pahlawan. Acara sambutan telah dimulakan mulai jam 10 pagi dimana Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak dibawah 8 tahun dan 12 tahun telah diadakan. Pertandingan tersebut telah disertai 27 peserta dan dihakimi oleh Cikgu Osman b Sagap, Pengetua Sek Men Air Molek. Pemenang Pertandingan mewarna bawah 12 tahun dimenangi oleh Anis Atiqah bt Jasmani, sementara pemenang Pertandingan Mewarna bawah 8 tahun dimengangi oleh Eiffa Noor Batrisyia bt Ab Razak.

Pertandingan membaca Jawi telah disertai oleh 17 peserta dan dihakimi oleh Ustaz Hasan Hj Mohd Said, Pegawai Pendidikan (Agama), Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah. Pemenang membaca jawi ialah Anis Atiqah bt Jasmani.

Majlis sebelah malam dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah. Tetamu malam itu ialah En Zakaria b Abu Bakar, Penghulu DUN Serkam mewakili Penaung PPTP, YB Hj Ghazale b Muhamad yang terpaksa menghadiri Majlis Kerajaan Negeri.




Ceramah bertajuk "Kecintaan kepada Rasulullah" telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Nazri b Abd Majid, Pegawai Kanan Pejabat Mufti N Melaka.






Majlis diakhiri dengan Majlis Barzanji dan Salawat Nabi beramai-ramai.



Semua hadirin telah dijamu dengan hidangan Nasi Biryani selesai Solat Isyak berjemaah lebih kurang pada jam 9.45 malam.

Thursday, February 12, 2009

Kontrak Membaiki Sistem Saliran.

Taman Pahlawan Umbai tidak mempunyai sistem kumbahan berpusat dan tidak juga mempunyai sistem saliran terancang. Kedua-dua masaalah ini timbul kerana Taman Pahlawan hanyalah ada pada namanya sahaja sebagai TAMAN, walhal ianya hanyalah sebuah perkampungan tersusun. Oleh yang demikian tidak hairanlah ianya tidak mempunyai Sistem Perparitan dan saliran serta Sistem Kumbahan Berpusat yang terancang.
Didalam bulan Januari lalu, ada satu kontraktor yang diberi kontrak bernilai kira-kira RM 60 ribu oleh Pejabat Daerah dan Tanah bagi membina longkang disekitar Kampung ini. Setelah hampir dua bulan berlalu, longkang yang digali hanya kira-kira 1,600 kaki didepan beberapa rumah yang tidak mempunyai risiko limpahan air yang tinggi ketika hujan lebat. Perincian skop kerja kontraktor ini seolah-olah tidak langsung mengambilkira dimana sepatutnya saliran itu perlu berakhir. Kawasan yang rendah dan dimana kumbahan air yang banyak telah tidak diberi keutamaan.

Sunday, January 25, 2009

Solat Gerhana Matahari (Khusuf)

Esok 26 Januari 2009, akan berlaku gerhana matahari. Bagi penduduk di-Melaka, gerhana matahari separa akan dapat dialami mulai jam 4.30 petang hingga 6.30 petang. Bagi mengikuti sunnah, Surau ar-Rahman akan menganjurkan solat jemaah Khusuf selepas Solat fardhu 'asar. Ust Hassan Hj Said akan mengimami Solat tersebut. Mendirikan Solat Khusuf ini hukumnya Sunat Muakkad, jadi diharapkan kehadiran maksima. Wassalam.

Thursday, January 15, 2009

Sambutan Hari 'Asyura 1430 H




PPTP telah menganjurkan sambutan Hari ‘Asyura 1430H di-Surau ar Rahman, Taman Pahlawan pada 11 Januari 2009. Selain aktibiti memasak bubur ‘asyura, pertandingan hafazan surah lazim telah diadakan bagi peserta dibawah 12 tahun, lelaki dan perempuan. Pertandingan azan juga diadakan bagi peserta lelaki dibawah 12 tahun. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut:

a. Pertandingan Hafazan dan Azan lelaki:
Pertama - Mohd Raif b Rosli
Kedua - Mohd Amirul Hadi b Hassan
Ketiga - Ahmad Aiman Yusri b Ismail
b. Pertandingan Hafazan Perempuan:
Pertama - Shafiqah bt Ahmad
Kedua - Anis Atiqah bt Jasmani
Ketiga - Nor Ain Mardiah bt Osman
PPTP merakamkan penghargaan kepada Cikgu A Rashid Hj Salleh selaku Ketua Biro Pendidikan Islam diatas usaha beliau.

Friday, January 9, 2009

SEMPADAN TAMAN PAHLAWAN


Bagi tujuan keahlian Persatuan, penduduk-penduduk yang tinggal didalam sempadan yang digariskan layak memohon menjadi ahli.

Thursday, January 8, 2009

ALFATIHAH...

Kami AJK PPTP mengucapkan takziah yang amat mendalam kepada keluarga Cikgu Hj Samat b Hiran diatas kehilangan anakandanya FARIZAN yang telah kembali ke-Rahmatullah pada 7 Januari 2009... Alafatihaa..

Saturday, January 3, 2009

Program Akan Datang

Sambutan Hari 'Asyura
Tarikh: 11 Januari 2009
Tempat: Surau ar-Rahman Taman Pahlawan

Masak Bubur 'Asyura
Tempat: Perkarangan Surau ar-Rahman

Pertandingan Azan dan Hafazan Surah Lazim
untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
Tempat: Surau ar-Rahman
Masa: 2.00 ptg


Ceramah Agama
Penceramah: Imam Saufi b Hj Daud.
Tempat: Surau ar-Rahman
Masa: Selepas Solat Maghrib

*Semua penduduk Taman Pahlawan dijemput hadir


Ibubapa peserta dinasihat menghubungi Us Hassan Said 013 6531123.