Thursday, February 12, 2009

Kontrak Membaiki Sistem Saliran.

Taman Pahlawan Umbai tidak mempunyai sistem kumbahan berpusat dan tidak juga mempunyai sistem saliran terancang. Kedua-dua masaalah ini timbul kerana Taman Pahlawan hanyalah ada pada namanya sahaja sebagai TAMAN, walhal ianya hanyalah sebuah perkampungan tersusun. Oleh yang demikian tidak hairanlah ianya tidak mempunyai Sistem Perparitan dan saliran serta Sistem Kumbahan Berpusat yang terancang.
Didalam bulan Januari lalu, ada satu kontraktor yang diberi kontrak bernilai kira-kira RM 60 ribu oleh Pejabat Daerah dan Tanah bagi membina longkang disekitar Kampung ini. Setelah hampir dua bulan berlalu, longkang yang digali hanya kira-kira 1,600 kaki didepan beberapa rumah yang tidak mempunyai risiko limpahan air yang tinggi ketika hujan lebat. Perincian skop kerja kontraktor ini seolah-olah tidak langsung mengambilkira dimana sepatutnya saliran itu perlu berakhir. Kawasan yang rendah dan dimana kumbahan air yang banyak telah tidak diberi keutamaan.

2 comments:

  1. Itukan projek politik....tu lah hasilnya. Saya rasa keadaan akan berbeza sekiranya pihak berkuasa tempatan berurusan dengan persatuan penduduk. Secara logiknya hanya persatuan penduduk sebagai ngo & non-profittable organisation yang dapat membawa kebaikan dan menjaga kebajikan penduduk...bukannya pihak-pihak yg berkepentingan.

    ReplyDelete
  2. Apa name kontraktor tu?. Ade sesapa boleh gitau?. Dengo kabo, ade wakil JKKK yang mintak duit dari kontraktor ni..Eh, buat aje aduan pakai e-aduan, biau ade yg kene siasat, baru tau!!.

    ReplyDelete