Taman Pahlawan Umbai tidak mempunyai sistem kumbahan berpusat dan tidak juga mempunyai sistem saliran terancang. Kedua-dua masaalah ini timbul kerana Taman Pahlawan hanyalah ada pada namanya sahaja sebagai TAMAN, walhal ianya hanyalah sebuah perkampungan tersusun. Oleh yang demikian tidak hairanlah ianya tidak mempunyai Sistem Perparitan dan saliran serta Sistem Kumbahan Berpusat yang terancang.
Didalam bulan Januari lalu, ada satu kontraktor yang diberi kontrak bernilai kira-kira RM 60 ribu oleh Pejabat Daerah dan Tanah bagi membina longkang disekitar Kampung ini. Setelah hampir dua bulan berlalu, longkang yang digali hanya kira-kira 1,600 kaki didepan beberapa rumah yang tidak mempunyai risiko limpahan air yang tinggi ketika hujan lebat. Perincian skop kerja kontraktor ini seolah-olah tidak langsung mengambilkira dimana sepatutnya saliran itu perlu berakhir. Kawasan yang rendah dan dimana kumbahan air yang banyak telah tidak diberi keutamaan.
Thursday, February 12, 2009
Sunday, January 25, 2009
Solat Gerhana Matahari (Khusuf)
Esok 26 Januari 2009, akan berlaku gerhana matahari. Bagi penduduk di-Melaka, gerhana matahari separa akan dapat dialami mulai jam 4.30 petang hingga 6.30 petang. Bagi mengikuti sunnah, Surau ar-Rahman akan menganjurkan solat jemaah Khusuf selepas Solat fardhu 'asar. Ust Hassan Hj Said akan mengimami Solat tersebut. Mendirikan Solat Khusuf ini hukumnya Sunat Muakkad, jadi diharapkan kehadiran maksima. Wassalam.
Thursday, January 15, 2009
Sambutan Hari 'Asyura 1430 H

PPTP telah menganjurkan sambutan Hari ‘Asyura 1430H di-Surau ar Rahman, Taman Pahlawan pada 11 Januari 2009. Selain aktibiti memasak bubur ‘asyura, pertandingan hafazan surah lazim telah diadakan bagi peserta dibawah 12 tahun, lelaki dan perempuan. Pertandingan azan juga diadakan bagi peserta lelaki dibawah 12 tahun. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang berikut:

a. Pertandingan Hafazan dan Azan lelaki:
Pertama - Mohd Raif b Rosli
Kedua - Mohd Amirul Hadi b Hassan
Ketiga - Ahmad Aiman Yusri b Ismail
b. Pertandingan Hafazan Perempuan:
Pertama - Shafiqah bt Ahmad
Kedua - Anis Atiqah bt Jasmani
Ketiga - Nor Ain Mardiah bt Osman
Pertama - Mohd Raif b Rosli
Kedua - Mohd Amirul Hadi b Hassan
Ketiga - Ahmad Aiman Yusri b Ismail
b. Pertandingan Hafazan Perempuan:
Pertama - Shafiqah bt Ahmad
Kedua - Anis Atiqah bt Jasmani
Ketiga - Nor Ain Mardiah bt Osman
PPTP merakamkan penghargaan kepada Cikgu A Rashid Hj Salleh selaku Ketua Biro Pendidikan Islam diatas usaha beliau.
Friday, January 9, 2009
SEMPADAN TAMAN PAHLAWAN
Thursday, January 8, 2009
ALFATIHAH...
Kami AJK PPTP mengucapkan takziah yang amat mendalam kepada keluarga Cikgu Hj Samat b Hiran diatas kehilangan anakandanya FARIZAN yang telah kembali ke-Rahmatullah pada 7 Januari 2009... Alafatihaa..
Saturday, January 3, 2009
Program Akan Datang
Sambutan Hari 'Asyura
Tarikh: 11 Januari 2009
Tempat: Surau ar-Rahman Taman Pahlawan
Masak Bubur 'Asyura
Tempat: Perkarangan Surau ar-Rahman
Pertandingan Azan dan Hafazan Surah Lazim
untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
Tempat: Surau ar-Rahman
Masa: 2.00 ptg
Ceramah Agama
Penceramah: Imam Saufi b Hj Daud.
Tempat: Surau ar-Rahman
Masa: Selepas Solat Maghrib
*Semua penduduk Taman Pahlawan dijemput hadir
Ibubapa peserta dinasihat menghubungi Us Hassan Said 013 6531123.
Tarikh: 11 Januari 2009
Tempat: Surau ar-Rahman Taman Pahlawan
Masak Bubur 'Asyura
Tempat: Perkarangan Surau ar-Rahman
Pertandingan Azan dan Hafazan Surah Lazim
untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
Tempat: Surau ar-Rahman
Masa: 2.00 ptg
Ceramah Agama
Penceramah: Imam Saufi b Hj Daud.
Tempat: Surau ar-Rahman
Masa: Selepas Solat Maghrib
*Semua penduduk Taman Pahlawan dijemput hadir
Ibubapa peserta dinasihat menghubungi Us Hassan Said 013 6531123.
Sunday, December 28, 2008
Petikan Undang-Undang Tubuh PPTP (MEL 1366/05)
FASAL 3 TUJUAN / MAKLUMAT
PERSATUAN INI DITUBUHKAN BERTUJUAN:
3.1 MEMUPUK SEMANGAT DAN SIKAP TOLONG MENOLONG DIANTARA AHLI DALAM SOAL KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT.
3.2 MEMAJUKAN SEMUA ASPEK KEKELUARGAAN DARI SEGI:
PENDIDIKAN
KEGIATAN SURI RUMAH TANGGA
KEBUDAYAAN DAN SOSIAL
KESUKANAN
KHIDMAT MASYARAKAT
KEJIRANAN
MESRA ALAM
3.3 MEMUPUK DAN MENANAM SEMANGAT PERPADUAN DIANTARA AHLI-AHLI YANG BERBILANG KAUM MELALUI AKTIVITI-AKTIVITI SUKAN, SOSIAL DAN KEBUDAYAAN.
3.4 MEMBANTU PIHAK BERKUASA MELINDUNGI KEPENTINGAN PENGHUNI MENGENAI HARTA BENDA PERSENDIRIAN DAN KEPENTINGAN BERSAMA.
PERSATUAN INI DITUBUHKAN BERTUJUAN:
3.1 MEMUPUK SEMANGAT DAN SIKAP TOLONG MENOLONG DIANTARA AHLI DALAM SOAL KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT.
3.2 MEMAJUKAN SEMUA ASPEK KEKELUARGAAN DARI SEGI:
PENDIDIKAN
KEGIATAN SURI RUMAH TANGGA
KEBUDAYAAN DAN SOSIAL
KESUKANAN
KHIDMAT MASYARAKAT
KEJIRANAN
MESRA ALAM
3.3 MEMUPUK DAN MENANAM SEMANGAT PERPADUAN DIANTARA AHLI-AHLI YANG BERBILANG KAUM MELALUI AKTIVITI-AKTIVITI SUKAN, SOSIAL DAN KEBUDAYAAN.
3.4 MEMBANTU PIHAK BERKUASA MELINDUNGI KEPENTINGAN PENGHUNI MENGENAI HARTA BENDA PERSENDIRIAN DAN KEPENTINGAN BERSAMA.
Subscribe to:
Posts (Atom)






