Tiga Pindaan yang diluluskan :
Fasal 2- Alamat dan tempat urusan yang baru ialah JB 4820 Taman Pahlawan Umbai, 77300 Merlimau Melaka.
Fasal 5 - Yuran bulanan RM 2 (Dua)
Fasal 18 - Logo yang diluluskan seperti imej disebelah:
beberapa perlawanan persahabatan telah diadakan bertemu ajensi-ajensi Kerajaan di Melaka seperti Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Rejimen Semboyan (Trendak Camp), JKR (Tentera), Kilang Panasonic, Kolej Universiti Teknikal dan lain-lain kelab sukan setempat. Sejak Persatuan Penduduk Taman Pahlawan didaftarkan 28 Februari 2006, Biro Sukan dan Rekreasi Persatuan ini dibawah seliaan En Rosli b Ramdan, telah mentadbirkan aktibiti sukan ini. Usaha-usaha sedang diambil bagi menambah ahli sukan ini. Yang berminat, sila hubungi En Rosli Ramdan 019-6664041.


Setiap ketua kumpulan akan mencari dan melaksana tugas di-8 checkpoints menggunakan petunjuk-petunjuk yang diberi.
PPTP telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1430H pada 8 Mac 2009 yang lalu bertempat di-Surau ar-Rahman Taman Pahlawan. Acara sambutan telah dimulakan mulai jam 10 pagi dimana Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak dibawah 8 tahun dan 12 tahun telah diadakan. Pertandingan tersebut telah disertai 27 peserta dan dihakimi oleh Cikgu Osman b Sagap, Pengetua Sek Men Air Molek. Pemenang Pertandingan mewarna bawah 12 tahun dimenangi oleh Anis Atiqah bt Jasmani, sementara
pemenang Pertandingan Mewarna bawah 8 tahun dimengangi oleh Eiffa Noor Batrisyia bt Ab Razak.
Ceramah bertajuk "Kecintaan kepada Rasulullah" telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Nazri b Abd Majid, Pegawai Kanan Pejabat Mufti N Melaka.