Friday, October 23, 2009

Mesyuarat Agong Ke-2


Telah diadakan pada 18 Julai 2009 di-Surau ar-Rahman. Diantara keputusan yang diambil ialah mengenai pindaan Fasal 5 - Yuran. Mulai tahun 2010, hanya yuran tahunan RM 10 sahaja akan dipungut sebelum Mesyuarat Agong tahun tersebut bermula.
Perkara ke-2 yang menarik perhatian ialah mengenai Tong Sampah Majlis Perbandaran Jasin. Mesyuarat memutuskan supaya dihantar aduan ke-3 kepada MPJ sambil membuat kajiselidik dikalangan penduduk samada Tong Sampah yang bermasaalah ini hendak dikekalkan atau satu sistem pungutan rumah-rumah kerumah hendak dipohon dari MPJ.

Monday, July 20, 2009

Sambutan Israk Mikraj 1430 H



Sambutan tersebut diadakan di-Surau ar-Rahman Taman Pahlawan pada malam 19 Julai 2009 mulai Solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam 2 Masjid Jamik Kariah Sri Minyak, Imam Saufi b Hj Daud.


Ceramah peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w telah disampaikan beliau hingga jam 9.30 malam. Selesai Solat Isyak, Jamuan telah dihidangkan kepada hadirin.

Pindaan Perlembagaan

Tiga Pindaan yang diluluskan :

Fasal 2- Alamat dan tempat urusan yang baru ialah JB 4820 Taman Pahlawan Umbai, 77300 Merlimau Melaka.

Fasal 5 - Yuran bulanan RM 2 (Dua)

Fasal 18 - Logo yang diluluskan seperti imej disebelah:

Saturday, July 11, 2009

MESYUARAT AGONG KE-2

Mesyuarat Agong ke-2 akan diadakan pada 18 Julai 2009 bertempat di-Surau ar-Rahman Taman Pahlawan Umbai.

Thursday, May 7, 2009

Sukan Ping-Pong PPTP

Sekitar pertengahan tahun 2004, beberapa orang penduduk Taman Pahlawan yang berminat telah memulakan aktibiti permainan ping-pong selepas setiap waktu asar dikawasan luar Surau ar-Rahman. Pada penghujung tahun 2004, sukan tersebut mendapat sambutan yang baik disertai oleh kira-kira 20 orang. Satu pertandingan tertutup ping-pong Taman Pahlawan telah diadakan dalam bulan Januari 2005. Dalam usaha memupuk dan memajukan sukan ini, beberapa perlawanan persahabatan telah diadakan bertemu ajensi-ajensi Kerajaan di Melaka seperti Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Rejimen Semboyan (Trendak Camp), JKR (Tentera), Kilang Panasonic, Kolej Universiti Teknikal dan lain-lain kelab sukan setempat. Sejak Persatuan Penduduk Taman Pahlawan didaftarkan 28 Februari 2006, Biro Sukan dan Rekreasi Persatuan ini dibawah seliaan En Rosli b Ramdan, telah mentadbirkan aktibiti sukan ini. Usaha-usaha sedang diambil bagi menambah ahli sukan ini. Yang berminat, sila hubungi En Rosli Ramdan 019-6664041.

Wednesday, April 15, 2009

Program ala 'explorace' Pahlawan Challenge 2009


Program tersebut telah dianjurkan pada 15 April 2009 di-Taman Pahlawan yang menarik penglibatan 35 anak-anak penduduk dari umur 9 ke-17 tahun. Program yang dijadualkan bermula dari jam 8 pagi telah terpaksa ditunda kerana hujan.

Taklimat program telah disampaikan oleh Pengerusi JK Kecil Program En Rosli b Ramdan mulai jam 10.30 hingga 11.30 pagi didalam Surau ar-Rahman. Peserta telah melapur memulakan program pada 1.45 petang. Mereka dipecahkan kepada 7 kumpulan. 5 Kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan.
Setiap ketua kumpulan akan mencari dan melaksana tugas di-8 checkpoints menggunakan petunjuk-petunjuk yang diberi.

Kumpulan yang melaksanakan tugas dengan sempurna disetiap checkpoint dalam jangkawaktu paling singkat adalah dikira memenuhi kriteria pemenang Pahlawan Challenge 2009.

Semua Kumpulan telah berjaya menamatkan tugasan mereka disemua 8 checkpoints dalam tempoh lebih kurang 1 jam. Kumpulan Perempuan yang diketuai oleh adik Nurfarha Atiqah bt Ahmad Fazlah 13, telah menjuarai Program ini. Syabas!.

Saguhati berupa wang tunai, topi, beg sumbangan PLUS dan majallah sumbangan Karangkraf telah diberikan sebagai penghargaan penyertaan. 3 hadiah utama dengan iringan hampers telah disampaikan oleh Pengerusi PPTP Tn Hj Latif Husin.

AJK PPTP ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penyumbang-penyumbang yang menjayakan Pahlawan Challenge 2009.

Sila lawat galeri untuk rakaman gambar-gambar Program ini.

Sunday, April 5, 2009

Pahlawan Challenge 2009

Program tersebut akan diadakan pada hari Rabu, 15 April 2009 sempena Sambutan Hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Program ini yang menggabungkan aktibiti sukan, ujian minda, setiakawan dan kepimpinan bakal menarik penyertaan anak-anak Penduduk berumur antara 9 - 17 tahun. Untuk penyertaan sila hubungi Ustaz Mohd Ikram 012-3624332 atau En Rosli b Ramdan 019-6664041. Pendaftaran penyertaan akan tutup pada hari Jumaat 10 April 2009.
Dermawan yang ingin menyumbang sila berhubung dengan Bendahari En Suhimi Monel.
Aturcara Program 15 April 2009. Dari 8 pagi hingga 12.30 t/hari.